Sunday, August 28, 2011

Selamat Tinggal Ramadhan, Selamat datang Syawal

tajuk: Nak Raya

disampaikan oleh :
Ustaz Subri Arsyad
Kuliah Subuh di MAsjid At-Taqwa Taman Bertam INdah
29 Ogos 2011 / 29 Ramdhan 1432H

setelah 1 bulan kita berada dalam Madrasah Ramadhan jd apa kita patut buat???

Amalan yg Allah SUKA/SYOK kita buat pada Hari Raya Aidilfitri ...kalau just kata SUKA tu biasa la kan, tapi kalau kata SYOK paham la nooo..

1. MEMAKAI PAKAIAN BARU DAN WANGIAN BAGI YANG LELAKI
2. MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH
3. KELUAR RUMAH DENGAN WAJAH YANG BERSERI


3 perkara yang MEMPERMUDAHKAN DIHISAB dan DIJAMIN MASUK SYURGA

1.beri kepada orang yang tak pernah beri kepada mu
- jangan pulak bg kat yg bagi kat kita lepas tu dia xbg kita pon xmau bagi

''APABILA KITA SALING BERTUKAR HADIAH MAKA AKAN HADIRLAH RASA CINTA SESAMA KITA''

2. hubungkan silaturrahim dengan orang yang ingin memutuskan silaturrahim dengan kita
-kalau org yg slalu2 baik tiba2 buat derkkk ja p la baik2 dgn dia


3. memaafkan dan mengampunkan orang yang telah berbuat zalim dengan kita
-lupakan je la benda2 yg sakit hati tu..


''barang sesiapa yang menyembah Ramadhan, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita, TETAPI barang siapa yang menyembah Allah, sesunngguhnya Allah S.W.T adalah Maha Hidup dan akan kekal'' -disampaikan oleh Ustaz Rosli Othman

Thursday, August 18, 2011

Ramadhan Terakhir

Assalamualaikum...salam ramadhan untuk semua sahabat..
Dah lama rasanya xupdate blog. Mungkin sibuk dengan aktiviti harian dan mungkin jugak malas nak mengupdate blog.
Berbalik pada tajuk post kali agak menggerunkan tapi yang sebenarnya ni tajuk drama episod semperna bulan ramadhan tahun ni yang disiarkan di TV3.
Saya amat terpikat dengan tajuk drama tersebut ditambahkan lagi dengan lagu OST drama ni Jangan Lupakan Namaku oleh Pompa Bensin. Setelah saya menghayati bait-bait ayat lagu ini, saya dapat konklusikan bahawa lagu ini adalah terbaik kerana menyatakan tentang bertapa watak mengingati dan merindui penciptanya dan berharap agar dapat bertemu dan cintanya diterima............. best sangat

Lirik Lagu OST Ramadan Terakhir - Jangan Lupa Namaku - POMPA BENSIN

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana...
Aku mengingati mu
Kerana...
Aku men’cintaimu...

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana...
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati...

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana...
Aku merindui mu
Hmmm...Kerana aku sentiasa menyintaimu......