Friday, November 26, 2010

SAYA SAYANG KAWAN SAYA

KAWAN- KAWAN !!!

saya rindu kawan2 semua..yg lama, yg baru, yg skrg ...SEMUA3
i love u all...mmg la aku ni agak kasar sikit sila bergurau..namun, dalam hati kecil ni tersirat rasa sayang yg amat mendalam kpd kalian....pengalaman mengajar insan menjadi semakin matang...setelah mengenal kalian, aku menjadi semakin dewasa dan semakin memandang tinggi erti @ nilai persahabatan..kalau nk diukurkan diri ini, dulu aku x la pandai sangat bab kasih sayang antara manusia ni..yg aku tau happy jaa..ngn sapa2 pon kalau nampak cam happy aku join...tp skrg, bila dah kenal macam2 jenis kawan, aku mengerti bahawa kalian amat berharga buat diri ini...(nada macam jiwang, tp mmg hati ni berdentum kuat mengatakan sayang sangat2 kat hampa semua)..bak kata ciksu 'cubit paha kanan paha kiri terasa',..skrg aku dah rasa semua tu..apa yg penting!!! family n kawan...dalam post ni nk cita pasal kawan so kawan la yg penting...selain itu, aku nk kongsikan bahawa terdapat beberapa insan yg telah memperkenalkan dan mengajarku nilai, erti, makna persahabatan...kalau xkenal beberapa kawan yg aku sayang ni sampai skrg aku xtau nk set kan perasaan sayang aku kepada kalian...setelah bangun dan jatuh, aku kian faham erti kehidupan...thanks kalian...yg sanggup buat apa saja (yg patot la), tolong, berkerjasama untuk aku walaupun ada komitmen lain...sanggup bersama2 mengharungi duri, ranjau, kehidupan...pahit manis pengalaman...aku sayang kawan2 aku!!!!

kawan sejak baby
nurul farehah, dahlia, aisyah, pikah, mastura, mardiah,
kawan skolah permatang bertam
diyana, kak jah, ainul, ej, zati samsudin, syidah, khairul bariyah, nani, kimin, zahid, ezzul, sariah, aisyah,

kawan tuisyen cikgu mat nor
munawwarah, syafiq, mat, aisyah,

kawan skolah rendah agama attaqwa(petang)
azzah, nurul akmal, aini, fairus, nazim, adila, naim, dollah,

kawan skolah dato' onn
azra, wana, ana, salwa, asma, nadi, amuthamala, pang, ong, ang, rojer, tanesh, amin, ciah, syukery, apit, umi atikah, lijah, kasimi, mandom, mamu, choi, dinesh, sangkaran, ira, izat, nazmi, pali, danial

kawan tuisyen fizma
budak2 skolah irsyad

kawan kt british council
pain, diyana, member2 foreigners

kawan adik beradik rbtb
ciksu, kidah, mira, yati, linda, fra, wawa, akak, zaza, fahmi, mirul, fit, kerol, syuk, abg lat, nuar, baie, ary

kawan blok b
roomate-shahida, rbt a, ayu, nain, dan ramai lagi, wani, suriati, wani bilik ciksu, farina, waji, shida, shasha, liza, tenin, azi ary, azi spek, trek, intan, ili, jannah, su de, kak long, group pentomin n ramai lg

group JABATAN PERTAHANAN AWAM IPG, JPA PERLIS, group teater, bola jaring, jptek,
kenalan chor elly ruzanna, dayah, mimie, muiz, naim, mira, sima n ramai lg,kawan setaman adie, fatin, kak siti jiran sebelah, mak cik tok..

dan ramai lagi
..yg aku xtulis nama pon aku sayang...bukan xnak tulis,,,tapi xterlintas nama anda masa dok pikiaq nama kawan2 yang amat lah ramai...sori3x.....jangan salah anggap k

di kesempatan ini, aku nk ucapkan aku rindu kamu semua!!!!

Friday, November 12, 2010

DRIVER, IBU TUNGGAL ANAK 1, SURI RUMAH, IBU TUNGGAL ANAK 3, STUDENT



ASSALAMUALAIKUM W.B.T
apa khabar semua??
lama x update blog aku ni...
musti sapa2 yg baca blog ni
tertunggu2 post aku yg seterusnya...

hmmmmmm....kali ni aku nk kongsi aktiviti yg bakal
kulalui sepanjang cuti yg bakal datang 2 3 hari lg

tapi sebelum tu nk cite aktiviti hujung minggu ni..

minggu ni aku asalnya sorang2 kt umah...
mama n adik ikut trip ke hatnyai,
kakak bersama keluarga,

abang sibuk ngn keja,

tetapi!!!!
lepas je akujd DRIVER hantar
mama n adik naik bas rombongan,

baget nak ke pasar beli barang dapur utk masak2
nk makan ngn member kat maktab ahad nanti...

selisih keta ngn kakak...
2 keta tengah jln bukak tingkap borak2....
huhu..kakak mintak hantar dia p meeting
then amik keta yg sedang didrivenya p servis...

so sama2 gerak blek umah,
aku hantar keta mama n n hantar kakak...


kini aku bukan seorang..
aku berdua memegang title
IBU TUNGGAL ANAK SEORANG
aku bersama anak sulung kak Akrimi Maswa(5 tahun)
kami p isi minyak keta full kat petronas
terdekat d PGR(penang golf resort) ,

car wash basuh keta

p pasar tani Kepala Batas,
beli ikan keli 1kg, cencaru 1kg, sayur sawi, salad
then balik terus bersiang ikan pa semua...
n buat keja umah seperti SURI RUMAH
tanpa aku sedari, anak ku telah bertambah dari 1 kepada 3..

kini aku memegang title IBU TUNGGAL BARANAK 3!!
Akram Hakimi(4 tahun) n Aida Syuhada(2 tahun)
aku pon xperasan masa bila ayah depa(suami kakak) hantar
so aku yg dlm perancangan nk shoping skit dgn Akrimi
terpaksa la buat PLAN B

nak kena urus budak2 ni dulu...
3 3 xmandi lagi..adoiii..penat jugak laa


time aku jemur baju, abang aku balik keja...
dia tanya program pa lepas ni...
aku pon kata nk p shoping sat..
dengan kuasa verto, abang suruh aku bwk keta sepupu aku yg dah lama
x dinaikki yg baru abg baru servis 2 hari lepas + tanpa power stereng...
hati ini bagai ''air pantai berkocak-kocak, dihempap pula nangka putik''
huhu...otak yg tengah semak ngn budak2 yg bising, tp aku rasa enjoy jugak cmni...dari duk keras kat maktab..hahahaha

so dengan selamba yg mungkin aku naik ngn keta kancil,
bawak budak 3 org yg terjerit2 nyanyi lagu apa pon aku xpaham...


(rasa cam cute la jugak camni...hahaha)

tiba2 kakak aku kol suruh p taska budak2 ni amik surat pe ntah..
aku pon u-turn 180'..p taska..
then terus p shopping n so on..
.macam2 jadi sepanjang hari..

tapi, ptg nanti kakak akn mai amik anak2,
family dia ada vacation ke tambun..

tinggallah aku sorang2 belai2 tanaman2
aku dgn serampang tangan yg baru dibeli...

then sambung 'study' depat TV n latop sebagai STUDENT...
kesimpulannya aku dah berjaya memegang byk title hari ni

DRIVER, IBU TUNGGAL ANAK 1, SURI RUMAH, IBU TUNGGAL ANAK 3, n lastly jd STUDENT sebab nk kena study utk paper PJM3012 isnin 15.11.2010 2.30ptg..

Wednesday, November 10, 2010

Sifat Mata Wanita menunjukkan Sikapnya.

Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.


Saiz mata sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.


Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.


Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik


Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjaw ab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.


Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.


Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.


Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Wednesday, September 15, 2010

NAK KE XNAK

Assalamualaikum wbt
setelah sekian lama menyepi, hari ini aku muncul kembali..
hehe..ada org rindu saya? jika rindu sms RINDU ONIE dan hantarkan ke 4494..
sebenarnya hati ini dalam dilema...bukan dilema rasa cinta...
tp dilema 'bukan cita'..hehe..

bukan cita tu maksudku bukan cita-cita la...
memang xpernah terlintas disudut hati untuk bercita2 sedemikian..
tp org kata peluang bukan datang selalu..
terlajak perahu masih bulih diundur, terlajak terima aku xtau la apa nak jd...
masalah sekarang aku masih terfikir2
adakah benar keputusan yg kubuat dlm masa yang singkat ,
dengan menerima tawaran jadi model London Weight Managment untuk ke TV3...huhu..
agak teruja la jugak disudut hati...bila aku fikir2 balik macam xberbaloi pulak sebab kalau aku dah terima ni yang untungnya consultant tu..aku ni xpasti la dapat sennya ke x..adoii...kalau nk tarik diri pun aku dah shake hand dgn mereka tadi...hurmmmm

setakat itu sajalah kedilemaan ku....

dikesempatan ini semperna bulan syawal,
saya ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI 2010 buat semua kenalan2 yang mengikuti blog saya yg kadang2 saja berkembang..hehe..wasallam

Friday, June 11, 2010

DOA BUAT KEKASIH

Ya ALLAH Ya Tuhanku
Seandainya dia menjadi milikku
Tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini abadi

Ya ALLAH Ya Tuhanku
Seandainya telahKAU takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Dan peliharakanlah diriku dari kekecewaan

Ya ALLAH Ya Tuhanku
Berikanlah diriku kekuatan
Melontarkan bayangannya kedada langit
Agarku rasa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tidak sama dengan dirinya
Seandainya dia datang menemuiku

Cinta itu adalah cinta sejati dan satu
Seandainya dia tidak datang menemuiku
Anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal lagi

Ya ALLAH Ya Tuhanku
Pasrahkan apa yang engkau takdirkan
adalah yang terbaik untukku
Kerana ENGKAU maha mengetahui
Bahagia yang terbaik untuk hambamu ini

Ya ALLAH Ya Tuhanku
Cukupkanlah ENGKAU saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat

Dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian
Di dunia mahupun akhirat
Menjuruskan kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama² dapat membina kesejahteraan hidup yang ENGKAU redhai
Dan kurnikanlah padaku keturunan yang soleh

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.

Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada
pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan
kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu…

Wednesday, May 26, 2010

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Sumber : darulnuman.com

Friday, May 14, 2010

Kita perlu berusaha mendapat syurga Allah

SOALAN:
Baru-baru ini seorang penceramah menyatakan bahawa kedudukan setiap orang di akhirat, iaitu syurga atau neraka telah ditentukan dalam Loh Mahfuz.

Jika seseorang telah ditetapkan akan masuk neraka, dia tetap akan masuk neraka walaupun semasa hayatnya dia kuat beramal ibadat dan begitulah sebaliknya seorang yang banyak buat maksiat akan masuk syurga jika telah dicatatkan dalam Loh Mahfuz.

Saya jadi keliru. Kalau macam itu tak gunalah kita bersusah payah beramal ibadat?

JAWAPAN:
Sifat ilmu bagi Allah adalah sifat azaliah, ilmu Allah mendahului zaman. Lingkungan ilmu Allah s.w.t tiada had dan batasnya. Ini termasuklah kesudahan seseorang hamba di atas permukaan bumi ini. Kehidupan manusia adalah ujian baginya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat). (al-Mulk: 2).

Allah s.w.t mencatatkan yang baik bagi manusia tetapi manusia dengan kehendaknya sendiri menjadi kufur serta memilih neraka sebagai tempat tinggalnya melalui amalannya. Sementara ada di antara hamba-habanya yang berusaha untuk mendapatkan keredaannya dengan beramal soleh dengan harapan balasan akhir mereka ialah syurga.

Allah menjadikan syurga untuk menempatkan hambanya yang beriman dan beramal soleh. Justeru peluang untuk mengecapinya terbentang luas. Neraka dijadikan untuk membalas keingkaran dan kekufuran manusia. Allah s.w.t mencatat dalam suhuf balasan kesudahan hamba-hambanya berdasarkan kepada ilmunya yang mendahului perbuatan manusia. Namun manusia wajib berusaha untuk mendapatkan syurga dan bukan pula membiarkan takdirnya dengan neraka.

Semoga dengan usaha ingin mendapatkan syurga itu kita tergolong dalam golongan ahli syurga. Ini juga kerana tiada siapa yang mengetahui sama ada dia itu ahli syurga atau ahli neraka. Mana lebih baik membiarkan diri dihumban ke dalam lembah neraka atau berusaha dengan amalan ahli syurga sehingga berjaya memilikinya.

Kejayaan sebenarnya ialah apabila seseorang itu diputuskan di mahsyar sebagai ahli syurga. Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud, Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah Dia mengingkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang Yang berlaku zalim itu api neraka, Yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan Dengan air Yang seperti tembaga cair Yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang. (al-Kahfi: 29)

Siapa yang bakal menjadi ahli syurga? Dan untuk siapa Allah jadikan syurga itu?

Ajaran

Dr. Qahtan Abdul Rahman al-Aduriy menjelaskan bahawa, “Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjanjikan syurga kepada mereka yang beriman kepadanya, Rasul-rasulnya serta mereka yang melaksanakan ajaran agama Islam”.

Syurga itu akan dihuni oleh orang yang bertakwa. Firman Allah yang bermaksud, Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertakwa, “Apakah Yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?” Mereka menjawab: “Kebaikan.”

Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan Yang baik, dan Sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang Yang bertakwa. (Untuk mereka) syurga-syurga ‘Adn’, Yang mereka akan memasukinya, Yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka beroleh di dalam syurga itu apa Yang mereka kehendaki; Demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertakwa. (al-Nahl: 30-31).

Apa makna takwa? Takwa terhimpun dalam ungkapan yang diungkapkan oleh Saidina Ali r.a yang bermaksud, “kandungan takwa itu ada empat perkara iaitu; takut kepada Allah yang Maha Mulia, bersyukur kepada nikmat pemberian-Nya biarpun sedikit, beramal dengan al-Quran, sentiasa bersiap sedia untuk bertemu Allah s.w.t”.

Jika diteliti akan ungkapan yang penuh hikmah ini dapat disimpulkan bahawa takwa itu maknanya beramal. Takut kepada Allah, ertinya menurut perintah Allah, tidak melakukan dan tidak menghampiri perkara atau perbuatan yang ditegah-Nya.

Bersyukur maknanya membentuk sifat qanaah iaitu rasa cukup dengan pemberian Allah biarpun pemberiannya itu sedikit. Sentiasa melihat kekurangan yang ada pada orang lain bukan mengukur keadaan kita dengan si kaya.

Beramal dengan al-Quran. Al-Quran diturunkan untuk dibaca ayat-ayatnya memahami makna dan tuntutannya kemudian direalisasikan dalam perbuatan yang merangkumi kehidupan seharian.

Yang terakhir bersiap sedia untuk bertemu dengan Allah. Ini kerana ajal manusia tiada siapa yang tahu melainkan Allah s.w.t. Apabila diteliti kepada kalimah hikmah Saidina Ali r.a., akan kita fahami bahawa tidak ada orang yang akan masuk syurga dengan percuma. Walaupun tidak dinafikan bahawa Allah mampu memasukkan sesiapa yang dikehendakinya ke dalam syurga dan sesiapa yang dikehendakinya ke dalam neraka, itu hak Allah.

Namun kena ingat bahawa Allah s.w.t sama sekali tidak akan mungkir janji. Janji Allah, orang yang beramal soleh ini jelas dalam beberapa firman-Nya.

Antaranya yang bermaksud, (Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; Yang demikian itulah kemenangan yang besar. (al-Thagabun: 9).

* Maksudnya: Dan sesiapa Yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun. (al-Nisa’: 124)

* Maksudnya: Segala hukum Yang tersebut adalah batas-batas (syariat) Allah. dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. (al-Nisa’: 13).

Akhirnya banyakkanlah doa dengan meminta supaya Allah memberi husnul khatimah (kesudahan yang baik)dan jauhkan diri kita daripada suul khatimah (kesudahan yang buruk).

Tuesday, April 27, 2010

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa


Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

INGAT TU KAWAN2!!!!

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa

Monday, April 19, 2010

Pelajaran baru utk cikgu nur

assalamualaikum..
mlm ni cikgu nur happy sgt...

11.30pm:nantok sgt,so tertidor tanpa sedar

12,27am: cikgu nur terjaga, lalu meziarahi rakan-rakan yg ngn bertukus-lumus bt esemen. walaubagaimanapun cikgu nur berasa amat malas. salah sorg member cikgu nur lam bilik tu ngn pegang gitar(bru siap main).
cikgu nur pun mintak member tu mainkan lagu yg die tau..

12.45am: cikgu nur mintak member tu ajar main 1 lagu. sebenarnya cikgu nur xpnah men gitar n xdk minat pn ngn alat muzik ni..tapi disebabkan cikgu nur malas nk bt keja, cikgu nur pn belajar 1 not..lps tu timbul la minat dlm diri cikgu nur..pulun punya pulun cikgu nur pn bleh men lagu yg diajar

1,44am: cikgu nur dapat main gitar...alangkah gembiranya ati..

p/s : kepada cikgu farina tq sbb ajar cikgu nur main gitar...dh bleh men dh lagu tu..hehe rasa cm nak memiliki gitar lak..huhu...

CIKGU NUR DAH JUMPA 1 LAGI HOBI BARU..THANKS CIKGU FARINA!!!

Friday, April 16, 2010

9 jenis anak syaitan

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan / kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Sunday, April 11, 2010

hai kawan2

assalamualaikum
setelah skian lama menyepi
tetiba rasa nk update blog lak
hehe
byk menda klo bleh nk cite kt blogku ni
tp no enough time lerr
nt2 la k klo da masa i tulis
k
tata

Sunday, February 21, 2010

assalamualaikum

saya baru kat cini
harap kawan2 dapat beri tunjuk ajar kpd saya